✿ WEI, CACING DALAM PERUT! ( CACING TAENIASIS ) ✿




Video Di Atas : Cacing Taeniasis! 


✿ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ✿

♡ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ♡ 


Assalammualaikum Wbt. 

Selamat Hari Cuti!!

Hari ni rasa macam nak kongsi kisah cacing pulak. Cacing-cacing dalam badan kita. Cuti-cuti sekolah ni bolehlah nak pergi tengok wayang ke, pergi pantai ke, pergi shopping ke. Tapi kesihatan mestilah sentiasa terjamin.

Kalau kita tengok dalam cerita Fear Factor. Mesti ada babak yang letak muka atas cacing, duduk dalam peti yang  ada cacing. Korang pun mesti geli kan? Termasuk lah saya sendiri.

Tapi cacing yang macam tu, boleh dilihat dan senang nak jumpa. Tak lah berbahaya sangat daripada cacing yang ada dalam perut kita ni.

Ha??!

Cacing dalam perut??!


Dalam kalangan masyarakat kita ni, mesti ada yang selalu sakit perut kan? Kadang-kadang kita tak buat endah je. Kadang kadang kita ingat itu cuma sakit perut / gastrik biasa je. Lagi-lagi perempuan. kalau bab bab senggugut memang setiap bulan kena. '

Tapi sakit perut tak semestinya sebab gastrik atau tersalah makan. Mungkin juga kita ada termakan telur cacing? Kalau dah tersalah makan, mungkin dalam makanan dah tercermar. Dan pencemaran tu disebab kan telur cacing? Mungkin.

Sebab tu elakkan makan selalu dekat kantin sekolah. Kalau nak makan, kita mesti tengok yang makanan tu betul-betul bersih dan tak rosak. Kalau tak, nanti adalah masaalah penghadaman. Tak pasal-pasal jadi macam Jibam. Keluar masuk tandas je. 

Nak elakkan gastrik dengan masaalah makan makanan tercermar ni senang je. Bawak je makanan kat sekolah dah cukup. Ada baki boleh beli air kotak. Bukan apa. Memang jarang orang Malaysia ni nak terkena masaalah cacing dalam perut. Tapi yang popularnya masaalah sakit perut sebab makanan tercermar. Takut benda tu dah terjadi baru korang tahu. 

Selain cacing tanah dan ulat sampah yang korang semua gelikan sangat tu, ada jenis-jenis cacing yang merbahaya dan sekaligus menggelikan. Nak tahu?



Ini antara jenis-jenis cacing dalam tubuh manusia.

1. Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides)

🐛 Ini cacing paling mudah masuk ke dlm tubuh manusia melalui makanan.
🐛 Boleh tumbuh setebal 10-30mm, mcm pensil dan bertahan 1-2 tahun.
🐛 Jika cacing gelang betina yg masuk dlm badan, ia boleh bertelur sebanyak 240000 dlm masa SEHARI. 😲 #omg

2. Cacing Kremi (Oxyirus Cermicularis)
🐛 Dipanggil cacing kerawit, warna putih,halus 3-5mm seperti benang.
🐛 Mudah masuk ke dlm badan melalui tangan yg tercemar. Hah❗Pastikan tangan sentiasa bersih sebelum mkn/tidur/buat aktiviti.
🐛 Dan mudah keluar drpd badan melalui pembuangan air besar/kecil.

3. Cacing Tambang (Ankylostomiasis)

🐛 Panjang sekitar 8-15mm dan sering berada di usus.
🐛 Mudah masuk melalui makanan yg tercemar, serta melalui tangan dan terutama sekali kaki.
🐛 Dan telurnya mudah keluar drpd badan melalui pembuangan air besar/kecil.

4. Cacing Cambuk (Trichinella Spiralis)

🐛 Saiz cacing paling kecil 1-2mm.
🐛 Mudah terdapat dlm daging yg tercemar/terdedah.
🐛 Telur yg menetas menjadi larva yg akan pergi ke usus, serta jadi dewasa dlm masa 6-8hari. Kalau cacing betina, bertahan selama 6minggu.
🐛 Akan mati after 2bulan diserap oleh badan.

5. Cacing Pita (Taeniasis)

🐛 Cacing parasit yg TERBESAR iaitu 8mm, bertahan selama 25tahun dlm usus.😣
🐛 Warna putih, tanpa mulut dan anus dan tanpa saluran pencernaan, memiliki badan yg beruas-ruas, setiap ruas dpt keluarkan ratusan telur.
🐛 Apabila tubuh membunuh parasit, garam kalsium akan membentuk batu kecil di tempat tersebut.



Okay, sekarang ni korang dah tau kan jenis-jenis cacing? Memang merbahaya kan? Tak tengok gambar pun dah rasa bentuknya. Okay berbalik pada video di atas.

Korang jangan ingat saya nak promote char kuey tiaw. Sebenarnya dalam bekas tu adalah cacing parasit atau orang kenal jenis cacing pita. Berukuran 1.5 meter! See how it moves !
Cacing pita ( Taeniasis ) ni telah dikeluarkan dari usus seorang  wanita  yang berusia 45 tahun! Dan ianya masih hidup setelah dikeluarkan. Allahu.. Takut lah!


Cacing parasit jenis ini boleh berkembang kepada saiz yg sangat besar dan boleh mengganggu usus. Jika satu telur cacing pita tertelan, ia boleh pindah kepada bahagian lain badan dan menyebabkan kerosakan kepada hati, mata, jantung dan otak.

Allahuakbar.. Cuaknya Ya Allah..

#gadismonologshare Harap awak semua ambiklah ibrah dari cerita ni ya?

P/S : Keluar rumah dan tak pakai kasut, tak kira nak ambik mainan yang tertinggal ke, apa ke, boleh memudahkan kerja cacing (Ascaris Lumbricoides) masuk ke dalam badan kita. >_< 

P/S : Sila Comment kalau awak rasa takut ataupun nak kongsi jenis-jenis cacing yang lain kepada saya.

P/S : Jangan lupa minum Vitagen untuk mengelakkan masaalah penghadaman! 0_^

P/S : Nak copy? Credit to me. credit to GadisHijrah and thx ~~ Jangan lupa link blog Ikha sekali yeh? Kehkehkeh!










No comments:

Post a Comment